ANTARA jenis pesawat tentera digunakan tentera Korea Selatan. FOTO airforce-technology.com
ANTARA jenis pesawat tentera digunakan tentera Korea Selatan. FOTO airforce-technology.com
BERNAMA

Seoul: Dua juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.

Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Juruterbang sudah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2022 @ 1:54 PM