GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Singapura: Seorang lagi pengedar dadah yang juga warganegara Malaysia akan dihukum gantung sampai mati di negara ini, minggu depan.

Kalwant Singh, yang disabitkan bersalah atas pertuduhan mengedar heroin pada 2016 dijangka menjalani hukuman itu pada Khamis, kata aktivis dan kumpulan advokasi Rangkaian Antihukuman Mati Asia (ADPAN) yang berpangkalan di Singapura.

Singapura berdepan pelbagai gesaan yang terus meningkat bagi memansuhkan hukuman mati, namun negara itu menegaskan bahawa ia membantu mengekalkan negara bandar itu sebagai salah satu tempat paling selamat di Asia.

Aktivis hak asasi terkemuka di negara itu, Kirsten Han berkata, ahli keluarga Kalwant memberitahunya mengenai hukuman gantung yang akan berlaku.

April lalu, pengedar dadah kelahiran Malaysia yang kurang upaya mental, Nagaenthran K Dharmalingam, dihukum mati di Singapura dan ia mencetuskan kemarahan yang meluas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 11:20 AM