GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

Seoul: Korea Selatan melaporkan dua individu yang diuji positif varian Omicron selepas meninggal dunia, menjadi kes kematian pertama membabitkan varian baharu di negara itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan, pihak berkuasa kesihatan di bandar Gwangju masih menyiasat punca sebenar kematian kedua-dua pesakit itu yang kedua-duanya berusia 90-an.

Korea Selatan melaporkan 3,129 kes baharu Covid-19, Ahad lalu berbanding 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 642,207 kes.

Kes harian turun daripada 3,832 pada hari sebelumnya disebabkan ujian saringan dilakukan lebih sedikit pada hujung minggu.

Peningkatan kes baru-baru ini adalah disebabkan jangkitan kelompok kecil di kawasan metropolitan Seoul. Jumlah jangkitan varian Omicron ialah 1,318 kes setakat ini termasuk 703 kes import dan 615 jangkitan domestik meningkat 111 daripada hari sebelumnya.

Negara itu memberikan vaksin Covid-19 kepada lebih 44 juta orang, atau 86.2 peratus daripada jumlah penduduknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 2:08 PM