GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Kupang: Kegembiraan tetamu sebuah majlis keraian di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut kerana memakan ikan buntal beracun.

Dilaporkan, 13 lagi tetamu pula dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius.

Ketua Kampung Desa Hoder Martina memaklumkan selepas makan ikan buntal, penduduk berasa pening kepala.

"Penduduk juga berasa mual dan muntah," katanya seperti dilapor Kompas.

Polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penduduk kampung untuk siasatan lanjut.

Sampel ikan buntal berkenaan diambil pasukan kesihatan untuk dihantar ke makmal bagi mengenal pasti punca keracunan makanan dialami mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Resor Sikka Margono berkata, ikan buntal berkenaan dijadikan hidangan sebuah majlis keraian tempatan di kampung berkenaan.

Mangsa memakan ikan buntal itu sambil bersembang pada majlis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 6:31 AM