TOM Dury. FOTO Agensi
TOM Dury. FOTO Agensi
Agensi

Sydney: Seorang lelaki mencari kelainan untuk mengembara dengan menggunakan papan selaju.

Tom Drury, 28, menggalas beg dan mengembara serata Australia dengan cara yang berbeza.

Lelaki itu memulakan pengembaraan dari Melbourne menuju utara Cairns sejauh 4,000 kilometer.

Perancangan itu dibuat penghujung tahun lalu dan hanya merancang untuk mengembara sejauh mungkin tanpa menetapkan mana-mana destinasi khusus.

"Saya menggemari papan selaju dan disebabkan pandemik ini menghalang saya melakukan aktiviti ini.

"Untuk mengelak daripada berlakunya masalah kesihatan akibat perlu berkurung, saya memulakan aktiviti ini semula untuk jarak lebih jauh," katanya kepada CNN.

Katanya, sepanjang pengembaraannya dia hanya berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang mencabar.

Rakan dan keluarga pada mulanya agak curiga apabila dia mengutarakan perancangannya itu.

Namun, selepas melihat kesungguhannya, mereka mula menerima dan memberi sokongan.

"Saya sendiri pernah berasakan ini sesuatu yang bodoh kerana terlalu letih.

"Namun minat yang mendalam menyebabkan saya tetap bersungguh meneruskan pengembaraan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 4:49 PM