AFP

New Delhi: Dua lelaki yang menggunakan monyet untuk merompak mangsa sudah ditahan, kata Polis New Delhi.

Kedua mereka ditahan selepas salah seorang mangsa membuat aduan bahawa tiga lelaki yang membawa monyet mengepung dan merompaknya sebanyak 6,000 Rupee (RM332), kata seorang pegawai polis tempatan kepada AFP.

Pihak berkuasa seluruh India bergelut dengan ancaman monyet di Delhi dan tempat lain, di mana ia sering memasuki rumah dan mencari makanan.

Bagaimanapun ia menjadi kesalahan di bawah undang-undang 1972 di sana untuk monyet ini ditangkap.

"Ketika mangsa duduk di dalam teksi, penjenayah ini juga akan masuk kereta yang sama dan menyuruh monyet duduk di depan dan di belakang.

"Mereka akan mengambil duit di dalam dompet mangsa dan lari bersama," kata pegawai itu.

Polis mengesyaki kumpulan yang sama di belakang beberapa kecurian yang berlaku dan satu pasukan khas ditubuhkan khusus untuk mengesan pelakunya.

Khamis lalu polis berjaya menahan dua pelaku bersama 'rakan' haiwan mereka bagaimanapun seorang lagi masih bebas.

"Semua monyet itu dihantar ke pusat haiwan. Kebiasaannya monyet ini dilatih sebagai penghibur jalanan di India dan kejadian haiwan menyerang penduduk adalah jarang.

Tahun lalu, sekumpulan monyet menyerang pasukan perubatan dan melarikan sampel darah pesakit yang disahkan positif Covid-19 di bandar Meerut, Selatan India.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 8:56 AM