PENUNJUK perasaan menayangkan simbol tiga jari bersama pelampung itik berhampiran parlimen di Bangkok. FOTO AFP
PENUNJUK perasaan menayangkan simbol tiga jari bersama pelampung itik berhampiran parlimen di Bangkok. FOTO AFP
AFP

Bangkok: Selain pelampung itik, sami Buddha yang menayangkan simbol tiga jari juga dilihat antara yang turut serta dalam tunjuk perasaan di sini.

Hampir 20,000 peserta menyertai perhimpunan hari ini ketika aktivis turun ke markas polis nasional Thailand untuk melemparkan cat dan membakar slogan antikerajaan di jalanan.

Burung kuning yang comel itu kini menjadi simbol tunjuk perasaan Thailand selepas penunjuk perasaan menggunakannya sehari sebelum ini sebagai perisai terhadap semburan tembakan meriam air dan gas pemedih mata polis di demonstrasi berhampiran parlimen.

Rakaman kononnya "revolusi itik getah" Thailand telah menjadi viral di media sosial minggu ini.

"Sekiranya politik (berlangsung) baik, itik hanya akan digunakan di kolam renang," kata seorang pengguna Twitter.

"Ini dia, senjata paling menakutkan dari pihak penunjuk perasaan: pelampung itik," tulis seorang pengguna Facebook.

"Itik adalah pejuang, tidak peduli seberapa banyak orang membuli dia, dia tetap tersenyum," tulis seorang lelaki Thailand di samping pelampung itik yang sedikit kempis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 9:37 PM