PEKERJA membersihkan atap yang diterbangkan angin kencang akibat Taufan Haishen di Fukuoka. FOTO. AFP
PEKERJA membersihkan atap yang diterbangkan angin kencang akibat Taufan Haishen di Fukuoka. FOTO. AFP
BERNAMA

Tokyo: Taufan Haishen, yang melanda seluruh timur laut Asia sejak hujung minggu, turut menyebabkan kira-kira 40 orang di Jepun cedera, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut agensi berita Kyodo pada Isnin, lebih 8.5 juta orang diarahkan berpindah berikutan ancaman banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan taufan berkenaan.

Menurut penyiar NHK, angin kencang menyebabkan kerosakan besar pada sistem perkhidmatan elektrik, menyebabkan lebih 411,000 isi rumah mengalami gangguan.

Perkhidmatan kereta api juga dilaporkan terjejas, manakala 579 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Haishen membadai Jepun pada Ahad, kurang seminggu sejak negara itu dibadai Taufan Maysak yang menyebabkan kira-kira 20 orang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2020 @ 1:14 PM