PEMANDANGAN Singapura pada 2 April. FOTO fail AFP
PEMANDANGAN Singapura pada 2 April. FOTO fail AFP
BERNAMA

Singapura: Singapura mengesahkan 481 lagi kes jangkitan baharu Covid-19 di republik itu, dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dengan perangkaan terbaharu ini, jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di negara berkenaan mencecah 50,369 kes.

Dalam data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan semalam, Menteri Kesihatan Singapura (MOH) berkata, berdasarkan siasatannya setakat ini, ada lima kes di dalam komuniti, semuanya pemegang pas kerja.

MOH juga berkata terdapat lima kes import, yang diserahkan Notis Duduk Di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 667 sebagai kes import, 2,160 kes komuniti dan 47,061 penghuni asrama.

Setakat tengah hari semalam, 45,352 atau kira-kira 91 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan sudah didiscaj daripada hospital dan pusat penjagaan komuniti.

Terdapat 148 kes disahkan masih lagi di hospital, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

Sejumlah 4,361 pesakit bergejala atau yang disahkan secara klinikal sihat tetapi masih lagi didapati positif dalam saringan COVID-19 sudah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia daripada kesan komplikasi COVID-19.

Hanya satu kluster baharu dikenal pasti kelmarin iaitu sebuah asrama di 12 Defu Lane 7.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 8:50 AM