TENTERA Russia mengetatkan pegerakan kapal komersial di Laut Azov. FOTO Reuters.
TENTERA Russia mengetatkan pegerakan kapal komersial di Laut Azov. FOTO Reuters.
Reuters:

Moscow/Kyiv: Tentera Ukraine menangguhkan penghantaran komersil di pelabuhannya selepas tentera Russia menyerang negara itu, kata seorang penasihat kepada ketua kakitangan presiden Ukraine, sekali gus mencetuskan kebimbangan gangguan bekalan daripada pengeksport bijirin dan biji minyak terkemuka.

Sebelum ini, Russia mengarahkan Laut Azov ditutup kepada pergerakan kapal komersial sehingga diberitahu kelak, tetapi memastikan pelabuhan Russia di Laut Hitam dibuka untuk navigasi, kata pegawai dan lima sumber industri bijirin pada Khamis.

Peniaga komoditi ladang global Cargill Inc berkata, kapal laut yang disewanya 'dihujani peluru" di Laut Hitam, tetapi kapal itu tetap belayar da

Ukraine adalah pengeksport utama jagung, yang kebanyakannya untuk pasaran China dan Kesatuan Eropah.

Ia juga bersaing dengan Russia untuk membekalkan gandum kepada pembeli utama seperti Mesir dan Turki.

Pihak industri menganggarkan Ukraine mengeksport antara lima hingga enam juta tan bijirin sebulan, iaitu 4.5 juta tan jagung, sejuta tan gandum dan bakinya barli.

Pelabuhan eksport bijirin utama termasuk Chornomorsk, Mikolayiv, Odessa, Kherson dan Yuzhny.

Pembeli bijirin negara Mesir turut membatalkan tender pembelian gandum antarabangsa pada Khamis.

Tentera Rusia menyerang Ukraine pada Khamis dalam serangan besar-besaran melalui darat, laut dan udara, serangan terbesar oleh satu negeri terhadap negara lain di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

"Pasaran masih bergelut untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai situasi semasa tentera di lapangan. Pelabuhan di Azov dan Laut Hitam setakat ini nampaknya tidak rosak mengikut laporan awal agensi perkapalan," kata seorang peniaga bijirin Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Februari 2022 @ 9:02 AM