GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Agensi

Toronto: Seorang lelaki Kanada menumbuk muka jururawat bertubi-tubi sehingga rebah selepas mangsa memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada isterinya tanpa keizinannya.

Lelaki itu kini sedang diburu polis.

CNN melaporkan, kejadian dipercayai berlaku jam 9.15 pagi, Isnin lalu apabila seorang lelaki memasuki sebuah Farmasi Brunet di Sherbrooke, sebuah bandar di selatan Quebec.

Dia menuduh seorang jururawat berusia 40-an, memvaksin isterinya, kata jurucakap Polis Sherbrooke, Martin Carrier.

"Pada awalnya, suspek sangat marah dan bertindak agresif, dia bertanya kepada jururawat mengapa dia memvaksin isterinya tanpa persetujuan.

"Dia menumbuk muka sebelah kanan jururawat itu beberapa kali sehingga petugas kesihatan itu rebah dan tanpa sempat memberi penjelasan.

"Suspek kemudian meninggalkan farmasi dan melarikan diri," katanya.

Undang-undang di Kanada tidak menetapkan seseorang individu memerlukan keizinan pasangan mereka untuk mendapatkan vaksin.

Bagaimanapun tidak jelas adakah isteri lelaki itu sudah memberikan persetujuan.

Jururawat itu dibawa ke hospital berdekatan dengan ambulans di mana dia dirawat kerana kecederaan pada muka.

Akibat kejadian itu, farmasi itu terpaksa menangguhkan program vaksinasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 9:35 AM