Dadah berbentuk kek yang ditaburkan dengan serbuk kopi. FOTO Agensi
Dadah berbentuk kek yang ditaburkan dengan serbuk kopi. FOTO Agensi
Agensi

Maine: Jika dilihat dengan mata kasar ia seolah-olah kek yang ditaburkan dengan serbuk kopi namun ia sebenarnya adalah dadah kokain seberat 0.9 kilogram.

Serbuk kopi itu didakwa bagi menyembunyikan bau dadah tersebut.

Ia berjaya ditemukan oleh pasukan polis dan anjing pengesan ketika pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh seorang lelaki dan wanita di Gardiner, Maine.

Secara keseluruhannya sebanyak 1.8 kg dadah kokain bernilai RM845,602 ditemukan di dalam kenderaan itu termasuk berbentuk kek.

Agensi Dadah Maine turut menemukan wang berjumlah RM8,000 yang dipercayai hasil penjualan dadah.

Pihak berkuasa percaya dadah itu dibawa dari Maine untuk penjualan di daerah Kennebec dan Somerset.

John Cedeno, 25, dari New York dan Chelsy Cochran, 33, of dari Winslow, Maine, ditahan dan berdepan dengan dakwaan mengedar dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 12:50 PM