BURUNG yang disorok dengan mengikat di pergelangan kaki. FOTO Agensi
BURUNG yang disorok dengan mengikat di pergelangan kaki. FOTO Agensi
Agensi

New York: Dengan upah AS$3,000 (RM12,312) seorang lelaki sanggup menyeludup 35 ekor burung Finch atau pipit dengan menyembunyikannya di dalam bajunya dan menaiki penerbangan dari Guyana, Afrika ke New York.

Apa yang menarik, dia menggunakan penggulung rambut dan mengikatnya di sekeliling pergelangan kaki dan bajunya.

Burung itu kebiasaannya digunakan untuk pertandingan nyanyian di Amerika Syarikat.

Kevin Andre McKenzie, 36, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy ketika pemeriksaan rawak oleh kastam.

BURUNG yang disorok dalam penggulung rambut. FOTO Agensi
BURUNG yang disorok dalam penggulung rambut. FOTO Agensi

Dia ditahan dan didakwa atas kesalahan membawa hidupan liar dan jika didapati bersalah Kevin boleh dipenjarakan hingga 20 tahun.

Difahamkan burung pipit dari Guyana ini sangat dicari untuk pertandingan menyanyi burung.

Burung yang mempunyai suara merdu boleh dijual dengan harga sehingga AS$10,000 (RM41,000).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 3:58 PM