GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Kaherah: Gara-gara meminta wang membeli barangan keperluan, seorang wanita di Mesir maut ditikam suaminya sendiri.

Lebih memilukan, insiden itu berlaku selepas 20 hari mereka melayari bahtera rumah tangga.

Media tempatan melaporkan lelaki itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai satu jasad berlumuran darah di sebuah apartmen.

Siasatan polis mendapati pasangan itu bertengkar disebabkan mangsa meminta wang 5 Pound Mesir (RM1.33) untuk membeli keperluan asas.

Namun, lelaki itu enggan hingga pertengkaran berlaku sebelum dia mengambil pisau di dapur dan menikam isterinya.

Siasatan lanjut mendapati mangsa di bawah umur dan dipaksa berkahwin oleh ibu selepas kematian bapanya.

Selain lelaki itu, ibu mangsa turut ditahan kerana memaksa anak perempuannya berkahwin pada usia muda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 6:50 AM