Ibu pejabat  Goldman Sachs di New York. FOTO AFP
Ibu pejabat Goldman Sachs di New York. FOTO AFP
AFP

New York: Firma kewangan global, Goldman Sachs bersetuju untuk membayar kira-kira AS$2.9 bilion (kira-kira RM 12 bilion) sebagai penyelesaian berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan anak syarikatnya di Malaysia.

Goldman sebelum ini mengaku tidak bersalah dan bersetuju untuk perjanjian penyelesaian bagi mengelak tindakan pendakwaan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Menurut pegawai kerajaan AS, syarikat itu dikenakan penalti AS$2.3 bilion (kira-kira RM9.5 bilion) termasuk rampasan pemerolehan AS$606 juta (kira-kira RM2.5 bilion).

Goldman juga akan membayar AS$1.26 bilion (kira-kira AS$5,2 bilion) kepada Perbendaharaan AS, tidak termasuk bayaran kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika (SEC), pihak berkuasa di Britain, Singapura dan Hong Kong.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 9:50 AM