PESAKIT Covid-19 berusia 77 tahun dibawa ke hospital dengan ambulans untuk diterbangkan ke hospital lain di Santarem, Para < Brazil bagi mendapatkan rawatan lanjut. FOTO AFP
PESAKIT Covid-19 berusia 77 tahun dibawa ke hospital dengan ambulans untuk diterbangkan ke hospital lain di Santarem, Para < Brazil bagi mendapatkan rawatan lanjut. FOTO AFP
AFP

RIO DE JANEIRO: Angka kes jangkitan di Brazil pada Khamis melepasi 2 juta dengan lebih 76,000 kematian akibat Covid-19.

Data diterbitkan kementerian kesihatan negara itu menunjukkan terdapat pertambahan 45,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam dan 1,300 angkat kematian.

Brazil negara kedua paling teruk terjejas di dunia akibat wabak itu selepas Amerika Syarikat.

Angka berkenaan tidak dilaporkan dalam kebanyakan komuniti saintifik selepas kekurangan ujian.

"Dua juta adalah simbolik nombor kerana kita tidak ada ujian berskala besar.

"Mungkin ada empat atau lima kali lebih banyak. Unjuran yang paling pesimis memberi isyarat hingga 10 kali lebih banyak," kata pakar penyakit berjangkit dari Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, Jean Gorinchteyn.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 10:44 AM