SOPHIE Gregoire Trudeau. FOTO Reuters
SOPHIE Gregoire Trudeau. FOTO Reuters
Reuters

Ottawa: Isteri perdana menteri Kanada, Sophie Gregoire Trudeau disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pengesahan wabak itu.

Jurucakap perdana menteri itu berkata, Sophie akan menjalani pengasingan dan kuarantin buat sementara waktu.

Justin Trudeau pula dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang simptom.

Trudeau akan menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Sehingga kini, Kanada merekodkan lebih 100 kes dengan satu kematian akibat wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 10:37 AM