YASUHIRO NAKASONE
YASUHIRO NAKASONE
AFP

TOKYO: Bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuhiro Nakasone, yang dikenali sebagai bersemangat konservatif dengan menjalinkan pakatan tentera yang lebih kuat bersama Amerika Syarikat (AS), meninggal dunia pada usia 101 tahun, lapor media tempatan hari ini.

Berkhidmat selama lima tahun dari November 1982 hingga November 1987, Nakasone dikenali kerana cuba memasukkan Jepun sebagai ahli tetap Barat semasa era Perang Dingin.

Nakasone menumpukan usahanya mengukuhkan hubungan keselamatan dengan AS dan pada masa sama mengurangkan pergeseran perdagangan dengan ekonomi terbesar dunia, membina persahabatan pertama dengan presiden Amerika itu Ronald Reagan.

Dalam ucapan sulungnya pada tahun 1982, Nakasone berkata dasar luar dasar Jepun adalah untuk menjadi ahli dunia bebas diketuai Eropah dan AS dan menggambarkan AS sebagai rakan terpenting Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 November 2019 @ 3:12 PM