AFP

COX’S BAZAR (Bangladesh): Ribuan etnik Rohingya di kem pelarian di Bangladesh, bersetuju untuk berpindah ke sebuah pulau di Teluk Bengal biarpun terdapat kebimbangan kawasan itu terdedah kepada banjir.

AFP yang memetik Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mahbub Alam berkata, pihak berkuasa yang memantau penempatan semula pelarian itu akan dihantar ke pulau Bhashan Char dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kira-kira 6,000 hingga 7,000 orang pelarian bersetuju untuk ditempatkan ke Bhashan Char,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan bila tempoh sebenar mereka akan berpindah namun seorang pegawai kanan tentera laut yang terbabit dalam pembinaan kemudahan di pulau itu berkata ia mungkin Disember ini.

Sejak sekian lama, Dhaka ingin memindahkan 100,000 pelarian untuk mengurangkan kesesakan di kem sempadan yang didiami hampir sejuta etnik Rohingya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 10:55 PM