RAHIMA digantung pengajian. FOTO/AP
RAHIMA digantung pengajian. FOTO/AP
AFP

COX’S BAZAR (BANGLADESH): Pengurusan sebuah universiti di Bangladesh menggantung pengajian seorang penuntutnya disebabkan dia adalah etnik Rohingya.

AFP melaporkan, tindakan itu diambil ketika kerajaan berasa kurang senang apabila cubaan kedua untuk menghantar mereka pulang ke Myanmar, gagal.

Di Bangladesh, pelarian dilarang untuk mengikuti pendidikan formal yang disediakan.

Pihak pengurusan Universiti Antarabangsa Cox’s Bazar berkata, ia menggantung pengajian Rahima Akter Khushi, 20, dan akan menyiasat kes itu selepas media tempatan melaporkan dia menyembunyikan identiti sebenarnya.

“Etnik Rohingya tidak boleh melanjutkan pengajian ke universiti ini kerana mereka adalah pelarian. Warga asing dibenarkan namun perlu mengikut prosedur,” kata ketua di institusi itu, Abul Kashem.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 11:06 PM