Anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang dibiayai Turki membuat persiapan di bandar Azas dekat sempadan Syria, hari ini. - EPA
Anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang dibiayai Turki membuat persiapan di bandar Azas dekat sempadan Syria, hari ini. - EPA
AFP

AKCAKALE, TURKI: Turki sudah mengerah puluhan ribu proksi anggota bersenjata di Syria untuk menyertai serangan besar-besaran terhadap Kurdish di utara Syria dan laporan terkini menyatakan serangan berkenaan berkemungkinan besar dilakukan malam ini (awal pagi waktu Malaysia).

Anggota bersenjata Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu, sebahagian besarnya dari kawasan barat laut yang dikuasai Tukri sejak serangan 2016 dan 2018, berkumpul di bandar Akcakale di sempadan.

Jurucakap FSA, Abdelrahman Ghazi Dadeh, berkata sekurang-kurangnya 18,000 dijangka menyertai serangan awal Turki dengan 8,000 menyasar bandar Tal Abyad dan 10,000 lagi di Ras al-Ain.

Sejumlah lagi anggota tambahan dijangka dikerah untuk serangan terhadap Kobane.

Ketiga-tiga bandar Syria dekat sempadan Turki itu dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

“Kemungkinan 99 peratus serangan akan dimulakan malam ini,” kata Dadeh.

Turki sedang bersiap menyerang utara Syria itu bagi menghalau kumpulan bersenjata Kurdish ke kawasan 32 kilometer dari sepanjang sempadannya selepas Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya dari Syria dan membenarkan Turki menyerang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 8:42 PM