BUNGKUSAN mengandungi dadah jenis kokain ditemui polis di Pantai Bethells di West Auckland. FOTO AFP
BUNGKUSAN mengandungi dadah jenis kokain ditemui polis di Pantai Bethells di West Auckland. FOTO AFP
AFP

WELLINGTON: Kokain bernilai jutaan dolar dihanyutkan ke sebuah pantai di New Zealand minggu ini, dipercayai hanyut lebih 2,100 kilometer merentasi Laut Tasman dari Australia, kata polis hari ini.

Polis menghubungkan penemuan 20 bungkus kokain bernilai sekitar NZ$3 juta (RM8.1 juta) di Pantai Bethells di West Auckland dengan bungkusan yang dibuang dari pantai New South Wales pada Ogos 2018.

“Sebuah bot dilihat pengawal peronda Australian Border Force and Defence di pantai utara New South Wales menuju ke tanah besar, dan pihak berkuasa dihantar memintasnya,” kata detektif polis New Zealand, Inspektor Colin Parmenter.

“Kedua-dua penghuni bot itu dilihat memunggah kokain ke dalam laut, dan mereka ditangkap.”

Sebahagian penghantaran itu ditemui di lokasi sepanjang pantai timur Australia, iaitu dari utara Queensland ke New South Wales dan bungkusan yang ditemui di Auckland mempunyai tanda serupa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 3:46 PM