KYLIE sewa kapal mewah Equanimity untuk sambutan hari jadi yang ke-22. FOTO: Agensi
KYLIE sewa kapal mewah Equanimity untuk sambutan hari jadi yang ke-22. FOTO: Agensi
Agensi

LOS ANGELES: Bintang realiti TV, Kylie Jenner dilaporkan menyewa sebuah kapal mewah Equanimity yang dulunya dimiliki ahli perniagaan buruan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi yang ke-22.

Laman web TMZ yang memetik sumbernya melaporkan, kapal mewah yang kini dikenali sebagai Tranquility itu disewa pada harga AS$1.2 juta (RM5.03 juta) seminggu.

Kapal mewah yang mempunyai saiz sepanjang 91 meter itu boleh memuatkan 22 orang dan turut memiliki 10 kabin, bilik teater, jakuzi, sauna serta kolam renang.

Kylie yang menubuhkan Kylie Cosmetics dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai AS$1 bilion (RM4.19 bilion) sekali gus menjadikannya sebagai bilionair termuda dalam sejarah, lapor Forbes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 9:35 PM