KOREA Utara membedil dua peluru berpandu balistik jarak dekat awal pagi tadi.
KOREA Utara membedil dua peluru berpandu balistik jarak dekat awal pagi tadi.
Reuters

SEOUL: Korea Utara membedil dua peluru berpandu balistik jarak dekat awal pagi tadi, kata tentera Korea Selatan.

Reuters melaporkan, ia dibedil beberapa hari selepas mereka melancarkan dua lagi peluru berpandu dengan tujuan memberi tekanan kepada Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk menghentikan latihan ketenteraan.

Ketua Turus Staf (JCS) dalam kenyataannya berkata, pelancaran terbaru itu dilakukan dari semenanjung Hodo di pantai timur Korea Utara iaitu lokasi sama bedilan minggu lalu.

Mereka kemudiannya menjelaskan ia dibedil sejauh 250 kilometer manakala agensi berita Yonhap pula melaporkan kedua-dua peluru berpandu itu adalah daripada jenis berbeza

“Kami sedar mengenai laporan pelancaran peluru berpandu dari Korea Utara dan akan terus memantau situasi semasa,” kata jurucakap tentera AS, Kolonel Lee Peters.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 11:10 AM