LI Peng.
LI Peng.
AFP

BEIJING: Bekas Perdana Menteri China, Li Peng yang lebih dikenali sebagai ‘Penyembelih Beijing’ meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Li meninggal dunia di Beijing akibat penyakit yang tidak dapat ditentukan selepas dia gagal bertindak balas terhadap rawatan perubatan lewat semalam, kata agensi berita Xinhua.

Li terkenal seluruh dunia sebagai salah seorang arkitek utama atas tindakan kejamnya terhadap demonstrasi pro demokrasi besar-besaran di Beijing pada 4 Jun 1989.

Dia berada di tempat teratas dalam rejim Komunis selama lebih satu dekad, menjadi lambang kebencian pada mereka yang ditindasnya sehingga akhir hayatnya.

Mendiang mengumumkan undang-undang tentera pada 20 Mei 1989, selepas ribuan pelajar, pekerja dan penduduk China berkhemah selama beberapa minggu di Dataran Tiananmen bagi mendesak perubahan politik.

Dua minggu kemudian, pada 3 hingga 4 Jun 1989, pihak tentera menamatkan demonstrasi dengan membunuh ratusan orang awam tidak bersenjata, dianggarkan lebih 1,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 9:28 PM