GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

Maryland: Seorang bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara (NSA) dihukum penjara sembilan tahun kerana didakwa mencuri sejumlah besar maklumat sulit dari agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) selama dua dekad.

Namun, pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti penyebaran maklumat berkenaan.

Harold Martin, 54, bagaimanapun diberikan tiga tahun pelepasan dengan selia dari Hakim Daerah Richard Bennett di Baltimore selepas mengaku bersalah kerana menyimpan maklumat pertahanan nasional secara sengaja, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Ia dianggap sebagai kebocoran terbesar maklumat sulit AS selepas Martin dituduh mencurinya dari NSA, CIA, US Cyber Command dan National Reconnaissance Office sejak 1996.

Data yang dituduh dicuri termasuk laporan NSA 2014 yang terkandung maklumat terperinci perisikan berkaitan 'isu siber asing' yang mengandungi maklumat sasaran dan 'teknik pencerobohan siber asing'.

Pendakwa berkata tindakan Martin menyebabkan risiko pendedahan maklumat sulit rahsia kepada musuh negara itu.

Salah satu tuduhan berkenaan mengaitkan Martin yang bercakap di talian dalam bahasa Russia dan bahasa lain tetapi mereka tidak pernah menemui bukti dia berkongsi maklumat dengan mana-mana pihak atau individu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 1:20 PM