PENYANYI rap Nipsey Hussle ditembak mati di depan butik pakaian miliknya. Gambar kecil: Eric Holder. FOTO Reuters
PENYANYI rap Nipsey Hussle ditembak mati di depan butik pakaian miliknya. Gambar kecil: Eric Holder. FOTO Reuters
AFP

LOS ANGELES: Seramai enam orang cedera dalam insiden rempuhan di pengebumian penyanyi rap Nipsey Hussle di selatan Los Angeles, hari ini.

Ratusan orang berkumpul di luar butik pakaian milik Hussle yang maut ditembak di luar premis terbabit Ahad lalu.

Menurut AFP, rempuhan tercetus sekitar jam 8 malam ketika pengebumian berlangsung, namun puncanya belum diketahui lagi.

Polis Los Angeles menerusi Twitter berkata, dakwaan beberapa tembakan dilepaskan ketika pengebumian adalah tidak benar.

“Memang ada orang cedera ketika kekecohan berlaku dan polis berusaha mengawal keadaan di sana,” katanya.

Jurucakap polis memberitahu AFP beberapa mangsa dipercayai cedera akibat ditikam dan bomba turut mengesahkan dua individu cedera parah.

Dalam kenyataan berasingan di Twitter hari ini, polis memaklumkan sedang menjejaki suspek penembak Eric Holder, 29.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 4:15 PM