Orang ramai melihat pasukan penyelamat Russia membersihkan runtuhan selepas berlaku letupan gas di bangunan pangsapuri di Magnitogorsk. FOTO EPA
Orang ramai melihat pasukan penyelamat Russia membersihkan runtuhan selepas berlaku letupan gas di bangunan pangsapuri di Magnitogorsk. FOTO EPA
Reuters

MOSCOW: Sekurang-kurangnya dua orang mati dan 10 yang lain berjaya diselamatkan apabila pangsapuri kediaman runtuh awal pagi ini di bandar Magnitogorsk, di selatan Urals, kata agensi berita tempatan.

Agensi berita RIA memetik kenyataan kementerian kecemasan berkata, sebanyak 48 kediaman musnah dan seramai 110 orang tinggal di dalam bangunan itu.

Kementerian kecemasan berkata, menerusi laman web, sebahagian daripada bangunan itu runtuh mungkin disebabkan letupan gas dan seramai 196 orang petugas penyelamat berada di tempat kejadian.

Setakat ini, kementerian itu tidak mendedahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia atau penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 2:53 PM