SEBUAH lapangan terbang di Kochi terpaksa ditutup selepas banjir semakin buruk di negeri itu. FOTO Agensi
SEBUAH lapangan terbang di Kochi terpaksa ditutup selepas banjir semakin buruk di negeri itu. FOTO Agensi
Reuters

KOCHI: Angka korban akibat banjir terburuk sejak sekurun lalu di negeri pelancongan India di Kerala meningkat kepada 43 orang hari ini, ketika air banjir menyebabkan puluhan ribu terkandas dan memaksa sebuah lapangan terbang utamanya ditutup.

Lima kematian terkini akibat hujan lebat sejak seminggu lalu dicatat apabila pihak berkuasa di negeri selatan terpaksa melepaskan air dari 35 empangan yang berada pada paras bahaya, menyebabkan air sungai utama melimpah.

“Ketika ini 35 kawasan tadahan air di negeri ini melepaskan air. Kebanyakan daerah di negeri ini berdepan banjir,” kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan di Twitter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebat berterusan di negeri itu berterusan sehingga Sabtu dan mengeluarkan ‘amaran merah’ di 12 daripada 14 daerah di negeri itu.

Lapangan terbang di bandar pelabuhan di Kochi akan ditutup sehingga tengah hari Sabtu. -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 9:27 PM