PASUKAN penyelamat sedang melakukan kerja pembersihan akibat tanah runtuh di Kerala, India. Foto AFP
PASUKAN penyelamat sedang melakukan kerja pembersihan akibat tanah runtuh di Kerala, India. Foto AFP
Reuters

HUJAN lebat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di selatan India semalam dengan pihak berkuasa membuka pintu 24 empangan dalam tindakan tidak dijangka untuk mengelak bencana lebih besar, kata pihak berkuasa.

Hujan lebat antara Jun hingga September di Kerala meragut 175 nyawa dan merosakkan tanaman bernilai 3.42 bilion rupee (RM202.97 juta) di kawasan seluas 26,824 hektar sejak 29 Mei lalu, kata seorang pegawai pihak berkuasa.

Jabatan meteorologi negeri itu meramalkan, hujan berterusan sehingga hari ini dan kembali semula Isnin.

“Kerala menerima 17 peratus lebih banyak hujan ketika musim monsun terkini berbanding tahun lalu,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi India Kerala, K Santhosh.

Pihak berkuasa berkata, puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal, beberapa daripadanya hilang dengan hujan lebat berterusan selama lebih 48 jam di sesetengah kawasan menenggelamkan berhektar kawasan tanah rendah.

Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan dan tentera membantu usaha menyelamat serta operasi bantuan.

Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan berkata, 24 empangan sudah dibuka setakat ini, tidak dijangka dan menunjukkan betapa seriusnya situasi itu.

Negeri itu, yang memiliki 44 sungai, menyaksikan banjir terburuknya pada 1924 selepas hujan lebat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Ogos 2018 @ 8:57 AM