Benjamin Netanyahu (kanan) berjabat tangan dengan Horacio Cartes ketika pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Jerusalem. - AFP
Benjamin Netanyahu (kanan) berjabat tangan dengan Horacio Cartes ketika pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Jerusalem. - AFP
Agensi

Baitulmaqdis: Paraguay menjadi negara ketiga membuka kedutaan di Baitulmaqdis semalam, selepas Amerika Syarikat secara rasmi memindahkan kedutaannya ke bandar suci umat Islam itu minggu lalu.

Pembukaan Kedutaan Paraguay itu dirasmikan Presidennya, Horacio Cartes pada majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebelum ini, Guatemala menjadi negara kedua membuka kedutaannya di Baitulmaqdis, Rabu lalu.

Tindakan Amerika meneruskan rancangannya memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis mencetus tunjuk perasaan besar-besaran penduduk Palestin di Gaza menyebabkan lebih 60 terbunuh ditembak tentera Israel.

Tindakan Amerika itu dan keganasan tentera Israel mendorong kemarahan negara Islam serta dikecam di peringkat antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 1:45 AM