MENURUT sumber Abbas mengalami sakit dada dan demam panas. -Foto AFP
MENURUT sumber Abbas mengalami sakit dada dan demam panas. -Foto AFP
AFP

PRESIDEN Palestin, Mahmud Abbas, masih berada di hospital hari ini, sehari selepas dimasukkan ke dalam wad kerana masalah komplikasi susulan pembedahan telinga.

Jurucakap Hospital Istishari Arab berhampiran Ramallah di Tebing Barat, berkata pemimpin berusia 83 tahun itu semakin pulih tetapi belum dipastikan bila beliau dibenarkan keluar.

Kesihatan Abbas menjadi subjek spekulasi, dengan tidak pengganti jelas yang dikenal pasti.

Pegawai kanan Palestin, Saeb Erekat, meredakan kebimbangan mengenai kesihatan presiden itu lewat semalam.

“Presiden mengalami bengkak di telinga yang berlaku susulan pembedahan yang dibuat baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, sumber berkata Abbas mengalami sakit dada dan demam panas.

Ia adalah kali ketiga Abbas berada di hospital dalam seminggu, pada awalnya untuk pembedahan telinga Selasa lalu, dan ujian susulan pada Sabtu.

Februari lalu, beliau menjalani ujian perubatan rutin di Amerika Syarikat.

Abbas memang satu penggal lagi selama empat tahu sebagai presiden pada 2005, tetapi kekal memegang jawatan itu walaupun pilihan raya tidak diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mei 2018 @ 6:52 PM