KAPAL pendarat tentera laut Russia, Project 117 LST Orsk 148.  FOTO Yörük Isik / Twitter
KAPAL pendarat tentera laut Russia, Project 117 LST Orsk 148. FOTO Yörük Isik / Twitter
Agensi

Istanbul: Dua kapal Tentera Laut Russia sarat dengan kelengkapan perang dalam perjalanan ke Syria selepas serangan Amerika Syarikat dan sekutunya, Sabtu lalu.

Kapal pendarat Russia, Project 117 LST Orsk 148 dilihat belayar di Terusan Bosphorus di Turki, Ahad lalu menuju ke pangkalan laut Russia, Tartus, di utara Syria.

Ia dilihat membawa kereta kebal, lori, ambulans dan kenderaan radar mudah alih.

Selain itu, kapal RoRo Alexandr Tkachenko juga dilihat bergerak ke Tartus membawa bot peronda laju, struktur jambatan sementara dan lori.

Menurut Daily Mail, gambar terbabit disiarkan di media sosial oleh pemantau tentera laut Yörük Işık berpangkalan di Bosphorus.

KAPAL kargo RoRo Alexandr Tkachenko. FOTO Yörük Isik / Twitter
KAPAL kargo RoRo Alexandr Tkachenko. FOTO Yörük Isik / Twitter

Kapal Project 117 membawa kereta kebal BTR-80, lori Ramaz dan radar Pelena-1 yang digunakan bagi mengesan bom.

Kapal kargo RoRo Alexandr Tkachenko pula membawa bot BMK-T yang biasanya digunakan bagi membina jambatan sementara serta kelengkapan ketenteraan yang lain.

Kapal itu juga dilihat belayar melintasi Bosphorus menuju pangkalan laut Tartus.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 April 2018 @ 2:05 AM