PENDUDUK melihat sebuah bangunan kediaman yang penuh dengan kesan tembakan akibat pertempuran di daerah Malutlut di Marawi. - Reuters
PENDUDUK melihat sebuah bangunan kediaman yang penuh dengan kesan tembakan akibat pertempuran di daerah Malutlut di Marawi. - Reuters

Manila: Saki-baki militan yang masih bersembunyi dalam sisa runtuhan bangunan dan terowong di Marawi selepas pertempuran berakhir masih memberi ancaman kepada penduduk, kata tentera semalam.

Baru-baru ini tentera menangkap seorang militan warga Indonesia dan membunuh tiga lagi di lokasi pertempuran utama di Marawi.

“Saki-baki militan masih bersembunyi di kawasan pertempuran utama di mana pertempuran sengit berlangsung selama beberapa minggu.

“Mereka masih memberi ancaman kepada penduduk di Marawi dan ini dibuktikan dalam kejadian beberapa hari lalu,” kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Restituto Padilla.

Menurutnya, tentera masih cuba mengesahkan maklumat diberi militan yang ditangkap bahawa lebih 30 militan masih bersembunyi di bahagian bawah tanah bangunan dan terowong.

“Lokasi persembunyian ini dikelilingi jerangkap samar dan bom bagi menghalang dihampiri pihak berkuasa,” jelasnya.

Pertempuran selama lima bulan selepas militan Daish menawan Marawi menyebabkan lebih 1,100 nyawa terkorban dan 400,000 penduduk menjadi pelarian.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2017 @ 8:05 AM