Pemimpin pelbagai agama yang menyertai dialog di Masjid London Timur dan kanan, Pengerusi Masjid London Timur dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman. - Foo Daily Mail
Pemimpin pelbagai agama yang menyertai dialog di Masjid London Timur dan kanan, Pengerusi Masjid London Timur dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman. - Foo Daily Mail
Agensi

IMAM dan jawatankuasa masjid di England yang mengutuk serangan di bandar raya itu Ahad lalu, menyebabkan tujuh maut, enggan menyembahyangkan jenazah tiga penyerang terbabit.

Selepas dialog di Masjid London Timur, 130 iman dan pemimpin masyarakat Islam mengeluarkan kenyataan: “Kami tidak akan melaksanakan solat jenazah terhadap tiga penyerang itu dan mendesak semua imam lain serta pihak berkuasa agama Islam tidak melakukannya.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu menyimpang jauh daripada ajaran Islam.”

AFP melaporkan, dua daripada tiga penyerang itu dikenali sebagai Khuram Butt, 27, rakyat Britain dilahirkan di Pakistan dan Rachid Redouane, 30, mendakwa berasal dari Maghribi dan Libya. Redouane juga menggunakan nama Rachid Elkhdar berusia 25 tahun.

Khuram Butt (kiri) dan Rachid Redouane (kanan)
Khuram Butt (kiri) dan Rachid Redouane (kanan)

Menurut Daily Mail, Pengerusi Masjid London Timur dan Pusat Islam London, Muhammad Habibur-Rahman, mendesak orang ramai agar mengelak prejudis serta menolak pelampau dan Islamofobia.

“Mari kita bersama-sama, bersatu menentang mereka yang cuba memecah-belahkan kita.

“Saya ingin nyatakan dengan jelas kepada mereka yang memilih keganasan, kamu menyimpang jauh dari asas ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW.

“Kami menjauhkan diri daripada kami dan ajaran Islam yang salah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 7:37 AM