MANGSA banjir di daerah Kalutara di Sri Lanka menanti untuk dipindahkan.  - AP
MANGSA banjir di daerah Kalutara di Sri Lanka menanti untuk dipindahkan. - AP

Colombo: Kira-kira 103 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat di selatan dan barat Sri Lanka.

Pusat Pengurusan Bencana berkata, 113 penduduk masih hilang.

Ia bencana paling buruk seumpamanya melanda negara itu dalam masa 14 tahun.

Tentera menggunakan 10 pesawat untuk operasi menyelamat dan untuk menghantar bantuan.

Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena berkata, walaupun hujan lebat sudah berakhir, persiapan kini dilakukan untuk menghadapi banjir bahagian kedua.

Sehubungan itu, katanya, penduduk di kawasan rendah diarah berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Dalam pada itu katanya, masih ada tempat yang dilanda tanah runtuh belum boleh dijejaki pasukan penyelamat.

“Kami menerima laporan, beberapa kawasan pedalalaman yang dinaiki air atau dilanda tanah runtuh tidak boleh dijejaki, baik oleh helikopter mahupun bot,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2017 @ 3:01 AM