BULU emas dapat membantu menghentikan pendarahan. - FOTO Azhar Ramli
BULU emas dapat membantu menghentikan pendarahan. - FOTO Azhar Ramli
Muhamaad Razis Ismail


POKOK hiasan sering dilihat berfungsi sebagai landskap yang mampu mengindahkan sesuatu kawasan sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Selain itu, pokok hiasan juga mempunyai fungsi tertentu seperti membersihkan udara dan mengekalkan kelembapan udara. Jadi, tidak hairan permintaannya tinggi di pasaran.

Malah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata mendapatkan pokok hiasan yang diinginkan.

Ketua Taman Botani Bangi, Profesor Madya Dr Noraini Talip berkata, kesedaran masyarakat terhadap pokok dan tumbuhan hiasan ini dilihat semakin meningkat sehingga mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Katanya, selain cantik, pokok hiasan ini mampu memberi manfaat kepada kesihatan.

"Kajian yang dijalankan membuktikan terdapat pokok hiasan yang cantik untuk dijadikan sebagai landskap di rumah sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri.

"Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahuinya kerana pendedahan terhadap manfaat tumbuhan ini masih kurang," katanya.

Beliau berkongsi beberapa jenis pokok hiasan yang dijadikan sebagai landskap mampu memberi manfaat kepada kesihatan.

DR Noraini (kanan) bersama pegawai penyelidik, Mohamad Ruzi Abdul Rahman (tengah) dan pegawai pertanian, Farrah Melissa Moksin. - FOTO Azhar Ramli
DR Noraini (kanan) bersama pegawai penyelidik, Mohamad Ruzi Abdul Rahman (tengah) dan pegawai pertanian, Farrah Melissa Moksin. - FOTO Azhar Ramli

BUNGA pokok laki pukul bini dapat merawat penyakit pada sistem pernafasan. - FOTO Azhar Ramli
BUNGA pokok laki pukul bini dapat merawat penyakit pada sistem pernafasan. - FOTO Azhar Ramli

1. Pokok bunga melur

  • Pokok ini sering dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di laman rumah kerana mempunyai bunga yang cantik selain boleh ditanam dalam pasu dan tanam terus atas tanah.

  • Akarnya yang ditumbuk biasanya digunakan untuk membantu merawat anggota badan yang terseliuh, tulang patah, bengkak, gonorea dan kesukaran tidur.

  • Batangnya digunakan untuk membantu merawat demam dan menghilangkan nanah.

  • Daun turut digunakan untuk membantu merawat demam, sakit kepala, bengkak, gigitan haiwan, luka, jangkitan kulit, kurap, jerawat, ruam, sebagai tonik rambut untuk menghilangkan kelemumur dan sebagai mandian wanita selepas bersalin.

  • Bunga dan daun dicampur dengan bedak sejuk dikatakan dapat membantu merawat panau, kurap, jerawat dan ruam.

    2. Akar dani

  • Akar dani adalah pokok menjalar yang wangi dan sering ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik.

  • Buah yang separuh masak, daun dan akar digunakan untuk membuang cacing.

  • Air rebusan buah diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit.

    3. Pokok laki pukul bini

  • Pokok ini turut dikenali sebagai pokok ros cina. Keunikannya terletak kepada ciri-ciri bunganya yang boleh berubah kepada tiga warna iaitu putih pada sebelah pagi, merah jambu (tengah hari) dan merah (petang).

  • Pokok ini mempunyai banyak manfaat yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana mudah dibiakkan.

  • Daun ditumbuk dan ditampal pada tempat bengkak, lebam, lecur, luka, terbakar, bisul, membantu menyingkirkan nanah, penyakit kulit, terseliuh dan patukan ular.

  • Air rebusan bunga kering diminum untuk membantu merawat penyakit pada sistem pernafasan. Air rebusan bunga dan daun diminum untuk membantu merawat batuk yang berpanjangan.

    POKOK paku sakat sesuai digunakan untuk penjagaan rambut. - FOTO Azhar Ramli
    POKOK paku sakat sesuai digunakan untuk penjagaan rambut. - FOTO Azhar Ramli

    POKOK paku merak untuk merawat cirit-birit. - FOTO Azhar Ramli
    POKOK paku merak untuk merawat cirit-birit. - FOTO Azhar Ramli

    4. Pokok paku sakat

  • Pokok ini turut mempunyai beberapa nama lain seperti pokok sarang burung dan pokok langsuyar. Ia menjadi antara kegilaan untuk dijadikan sebagai pokok hiasan di rumah kerana keunikan bentuknya dan mudah dijaga.

  • Pelepah pokok boleh dihancurkan dan dijadikan sebagai syampu untuk membantu menghilangkan kelemumur secara semula jadi serta menghitamkan rambut.

    5. Pokok ayam emas

  • Pokok ini turut menjadi pilihan sebagai pokok hiasan kerana mampu tumbuh pada ketinggian satu meter di halaman rumah yang sesuai di kawasan tanah rendah.

  • Bulu yang dihasilkan di tengah-tengah pokok ini boleh digunakan untuk membantu menghentikan pendarahan dan di China ia digunakan untuk membantu rawatan kanser.

    6. Pokok paku merak

  • Pokok ini yang turut dikenali sebagai selai jendela sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan di luar rumah kerana ia membiak dengan cepat.

  • Digunakan untuk membantu merawat cirit-birit. Caranya, ambil keseluruhan pokok dan rebus.

    7. Pokok setawar hutan

  • Pokok herba ini mudah ditanam dan sesuai dijadikan pokok hiasan di halaman rumah kerana mempunyai daun dan bunga yang cantik.

  • Khasiat bunga dan daun pokok ini boleh digunakan untuk membantu merawat demam.
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2022 @ 6:50 AM