KUALA NERUS 26 APRIL 2017. Orang ramai menggunakan kad 'Touch N Go' untuk kemudahan perjalanan di Plaza Tol Kuala Terengganu. STR/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
KUALA NERUS 26 APRIL 2017. Orang ramai menggunakan kad 'Touch N Go' untuk kemudahan perjalanan di Plaza Tol Kuala Terengganu. STR/MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK

Kuala Lumpur: Kumpulan Touch 'n Go menerima penghormatan tertinggi sebagai Majikan Siswazah Paling Diutamakan dalam Kategori Fintech untuk tahun kedua berturut-turut di Anugerah Pilihan Graduan ke-6, baru-baru ini.

Ia juga diiktiraf sebagai antara 25 Majikan Siswazah Paling Diutamakan Secara Keseluruhan.

Anugerah Pilihan Graduan adalah anugerah jenama majikan siswazah yang paling berwibawa di Malaysia kerana keputusan ditentukan oleh undian penuntut universiti di Malaysia.

Ia mewakili majoriti terbesar suara muda Malaysia, dengan pilihan pekerjaan masa depan mereka dari pelbagai aspek, termasuk majikan yang paling diutamakan.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Touch 'n Go, Erlny Greiss berkata, anugerah Pilihan Graduan adalah berdasarkan undian 100 peratus oleh penuntut universiti.

"Pengiktirafan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa dedikasi, semangat dan kerja berpasukan pasukan kami yang luar biasa.

"Di Touch 'n Go, kami berusaha untuk membina persekitaran tempat kerja yang memupuk dan menyokong pertumbuhan profesional dan keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Kumpulan Touch 'n Go menerima anugerah Kecemerlangan dalam Keseimbangan untuk waktu bekerja dan kehidupan harian.

Dalam pada itu, Kumpulan Touch 'n Go turut dicalonkan sebagai finalis dalam empat kategori berbeza di Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia (HR) Tahunan ke-11 pada tahun pertama penyertaannya, sekali gus mencerminkan komitmen dan dedikasinya kepada kecemerlangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2023 @ 8:40 AM