WAN Razly (kiri) ketika pelancaran aplikasi AffinMax 2.0.
WAN Razly (kiri) ketika pelancaran aplikasi AffinMax 2.0.

AFFIN Bank Berhad (Affin Bank) melancarkan aplikasi mudah alih AffinMax 2.0 dengan beberapa ciri terbaharu.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, komitmen Affin membina syarikat kepemimpinan digital tidak berbelah bahagi.

"Kami fokus memaksimumkan potensi penuh teknologi, menyediakan pelanggan dengan perbankan sehenti selamat serta penyelesaian pada satu platform untuk menyelesaikan transaksi harian mereka dengan cekap.

"Peningkatan ini sebagai tindak balas kepada peningkatan bilangan pelanggan Affin yang kini menggunakan aplikasi itu lebih kerap.

"Dengan setiap platform teknologi yang diperkenalkan, kami ambil langkah lebih dekat untuk merealisasikan visi menjadi pendahulu dalam inovasi digital dalam industri ini," katanya dalam kenyataan.

Antara ciri utama aplikasi berkenaan adalah My Cashier di mana pemilik perniagaan boleh menerima pembayaran dengan mudah dengan menjana kod QR melalui aplikasi.

Ciri ini membolehkan penerimaan pembayaran lebih mudah daripada amaun tetap dan berubah.

Selain itu, ia turut menawarkan ciri pemindahan mudah alih bagi memudahkan urus niaga harian.

Pengguna boleh menyerahkan pembayaran, menjejak transaksi, menerima pemberitahuan pantas dan menguruskan kewangan syarikat ketika dalam perjalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 7:02 AM