LIM Hock San. FOTO Arkib NSTP
LIM Hock San. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) menganjurkan kempen yang dinamakan 'Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda', apabila bakal pembeli rumah berpeluang untuk membawa pulang wang tunai e-dompet bernilai lebih daripada RM541,800.

Selain itu, bakal pembeli juga berpeluang menikmati enam tawaran tambahan dengan setiap pembelian rumah idaman di LBS.

Kempen ini berlangsung dari 1 April lalu hingga 31 Mei depan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San berkata, dengan peralihan kepada fasa endemik Covid-19 pada 1 April lalu dan penarikan semula sekatan untuk waktu operasi perniagaan, LBS yakin bahawa kempen terbaharu ini adalah platform terbaik untuk bakal pembeli mendapatkan rumah idaman mereka.

"Sebagai usaha menyokong pemulihan kewangan yang terjejas dari pandemik, LBS selaku Pemaju Perumahan Rakyat menggariskan pelan komprehensif jangka panjang seiring dengan dengan agenda perumahan kerajaan yang bakal meningkatkan peluang pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

"Pelancaran kempen pemasaran 'Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda' ini merupakan salah satu inisiatif kami, di mana pembeli rumah bukan sahaja dapat menikmati penjimatan besar apabila membeli rumah, tetapi juga berpeluang memenangi wang tunai e-dompet, sekali gus menjadikan sambutan raya tahun ini sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan," katanya.

Selain ganjaran wang tunai e-dompet, terdapat enam tawaran tambahan menanti bakal pembeli di bawah kempen ini.

Ia termasuk yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim bayaran fleksi, yuran tempahan rendah, tiada caj pembatalan dan pakej kelengkapan perabot.

Sempena musim perayaan ini juga, hadiah bernilai lebih dari RM2,000 dan RM5,000 sedia untuk dimenangi melalui peraduan Count Your Ketupat dan peraduan atas talian yang bakal menyusul.

Selain itu, rebut peluang untuk memenangi peraduan 'Kisah Rezeki Saya' di media sosial rasmi LBS.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran menarik lain, layari https://raikanrezeki.lbs.com.my/ atau www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.

LBS, pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa dengan visi untuk membina ruang inspirasi sempurna merupakan penyandang pelbagai anugerah menerusi projek pembangunannya.

Dengan mengutamakan pembeli rumah, LBS membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandaran seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil dan LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam.

Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terbabit dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.

Kejayaan berterusan yang dilakar oleh LBS adalah hasil kepimpinan Hock San yang turut dianugerahkan dengan pingat emas sebagai Property Man of The Year oleh Malaysia Property Award (FIABCI) pada 2018 yang merupakan Anugerah 'Oscar' dalam industri hartanah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2022 @ 8:48 AM