LAZADA meraikan perniagaan dan komuniti yang setia bersama  mereka selama ini sempena perayaan ulang tahun ke-10.
LAZADA meraikan perniagaan dan komuniti yang setia bersama mereka selama ini sempena perayaan ulang tahun ke-10.

Kuala Lumpur: Lazada memperkenalkan Time Machine peribadi iaitu fungsi dalam aplikasi yang meraikan detik-detik manis bersama Lazada yang menceriakan kehidupan pengguna selama ini sempena sambutan ulang tahun ke-10.

Selain daripada memaparkan mercu penting bersama sejak sedekad lalu, pengguna boleh menentukan satu daripada sembilan profil pembeli unik yang sepadan dengan mereka, bagi memperlihatkan maklumat gaya hidup terkini dan mengumpulkan hadiah Ulang Tahun Ke-10 Lazada apabila mereka berkongsi profil #MyLazadaTimeMachine di saluran media sosial masing-masing, sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lazada, Raymond Yang berkata, misi melonjakkan pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara adalah satu matlamat utama Lazada sejak ia ditubuhkan serta tampil sebagai perintis e-dagang di rantau ini.

"Sempena perayaan ulang tahun ke-10 ini, kami juga meraikan perniagaan dan komuniti yang setia bersama kami selama ini, kerana keyakinan mereka terhadap kami membolehkan Lazada untuk memainkan peranan penting dalam kehidupan harian pengguna di Asia Tenggara.

"Fungsi Time Machine dalam aplikasi adalah cara kami untuk mengimbas kembali saat-saat indah bersama pelanggan selama ini.

"Kami juga akan sentiasa komited terhadap matlamat kami untuk menjana pertumbuhan mampan di seluruh ekosistem dan menambah nilai kepada kehidupan pengguna – termasuk melabur untuk membina keupayaan tempatan, memberi peluang kepada penjual untuk menjana pendapatan dan juga menambah baik pengalaman pengguna," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 7:00 AM