PEMENANG utama kempen Raya Penuh Gaya 2021, Engku Noor Afiqah.
PEMENANG utama kempen Raya Penuh Gaya 2021, Engku Noor Afiqah.

KUMPULAN The Store berusaha memberi keutamaan kepada pelanggan dan mengambil inisiatif membuat pelanggan rasa dihargai dengan pelancaran Peraduan Cabutan Bertuah serta majlis penyampaian hadiah yang lumayan.

Melalui kerjasama dengan Paynet, Kumpulan The Store sekali lagi mengadakan acara tahunan majlis penyampaian hadiah sempena Peraduan Raya Penuh Gaya pada tahun lalu dari 8 April hingga 30 Jun tahun lalu dengan MyDebit, dan juga acara Cabutan Bertuah sempena Sambutan Ulang Tahun ke-53 Kumpulan The Store yang berlangsung pada 1 Mei hingga 30 September tahun lalu.

Adibah Noor selaku duta Kumpulan The Store membuat cabutan bertuah untuk Hadiah Utama apabila pemenang membawa pulang satu unit Perodua Ativa 1.0L Turbo X.

Manakala cabutan Pemenang Hadiah Istimewa masing-masing membawa pulang satu unit Perodua Axia 1.0E Manual.

Seterusnya, cabutan yang terakhir adalah 20 hadiah sagu hati berupa baucar hadiah benilai RM500 setiap satu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Pemenang Utama bagi promosi tahun lalu iaitu kempen Raya Penuh Gaya bersama MyDebit.

Pemenang utama, Engku Noor Afiqah Engku Ariffin dari Batu Pahat, Johor memenangi Proton X50, manakala hadiah pertama dimenangi Lee Guik See dari Alor Setar, Kedah yang membawa pulang Proton Saga.

Bagi pemenang hadiah kedua, ketiga dengan sagu hati, semua pemenang mengambil baucar hadiah masing-masing di cawangan The Store & Pacific yang berdekatan.

Majlis cabutan dan penyampaian hadiah dihadiri Pengurus Kanan Paynet (MyDebit), Rohaila Abdul Latiff, Pengurus Besar Kumpulan The Store (Bahagian Operasi & Pasar Raya The Store), Yap Choon Meng; dan Pengurus Besar (Bahagian Softline, Hardline, & Brand), Lim Kok Soon.

Kumpulan The Store berkata, walaupun pandemik Covid-19 belum reda sepenuhnya, pihaknya terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik dan mempelbagaikan promosi jualan dan aktiviti pada masa akan datang supaya lebih bermanfaat buat semua pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 January 2022 @ 6:20 AM