GAMBAR hiasan. Penumpang di Lapangan Terbang Heathrow pada 2020. FOTO fail AFP
GAMBAR hiasan. Penumpang di Lapangan Terbang Heathrow pada 2020. FOTO fail AFP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi amaran bahawa rancangan lapangan terbang dan penyedia perkhidmatan navigasi udara (ANSP) untuk meningkatkan caj akan hanya melengahkan pemulihan perjalanan/pengembaraan udara dan merosakkan kesalinghubungan antarabangsa.

Ia berkata, kenaikan caj oleh lapangan terbang dan ANSP sudah mencecah US$2.3 bilion, dan jumlahnya boleh berlipat kali ganda sehingga mencapai 10 kali ganda sekiranya cadangan oleh lapangan terbang dan ANSP dipersetujui.

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh menekankan bahawa pengangkutan udara sangat penting untuk menyokong pemulihan ekonomi pasca pandemik.

"Kenaikan caj US$2.3 bilion semasa krisis ini sangat keterlaluan.

"Kami semua ingin melupakan Covid-19, tetapi meletakkan beban kewangan krisis yang berat kepada pelanggan hanya kerana anda boleh berbuat demikian, adalah strategi komersial yang hanya golongan monopoli boleh impikannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut IATA, ANSP dari 29 negara Euro - yang kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan - dijangka memperoleh hampir US$9.3 bilion (US$1= RM4.17) dari syarikat penerbangan untuk menampung pendapatan yang tidak direalisasikan pada 2020/2021.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 1:10 PM