Izham
Izham
Bisnes Metro
bisnes@hmero.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines menawarkan tambang serendah RM89 dalam kategori Economy Lite bagi destinasi domestik kepada pasangan suami isteri serta ibu dan bapa yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 untuk bertemu orang yang tersayang.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan berkata, promosi itu tersedia untuk tempahan mulai semalam sehingga 30 September depan dan ia sah untuk perjalanan sehingga 30 Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail berkata, siri penerbangan terbaharu itu mencerminkan peranan penting syarikat penerbangan nasional dalam menyediakan kesalinghubungan perjalanan udara sepanjang tempoh penularan Covid-19.

"Sebagai syarikat penerbangan yang prihatin, MAB kekal komited untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar untuk pelanggan kami dengan mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi.

"Kami percaya ia sesuatu yang penting untuk mengendalikan penerbangan dengan kru yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 ia juga termasuk petugas barisan hadapan kerana keyakinan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kami adalah penting," katanya.

Lebih daripada 93 peratus juruterbang dan kru kabin Malaysia Airlines telah menerima suntikan vaksin setakat ini.

MAB bersama anak syarikatnya di bawah Malaysia Aviation Group, menjangkakan 100 peratus kakitangannya akan melengkapkan suntikan dua dos vaksin Covid-19 menjelang akhir Ogos tahun ini berikutan penyertaan kumpulan itu dalam

Kumpulan Penerbangan Malaysia, MAB menjangkakan 100 peratus pekerjanya akan melengkapkan dua dos vaksin pada pertengahan Ogos tahun ini, berikutan penyertaan kumpulan itu dalam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang bermula pada Julai 2021.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pasangan suami isteri jarak jauh yang sudah melengkapkan dua dos vaksin boleh merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan mereka mulai 10 Ogos 2021.

Kelonggaran ini juga juga diberikan kepada ibu dan bapa yang lengkap dua untuk melawat anak-anak mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 7:02 AM