CAWANGAN Harvey Norman yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan.
CAWANGAN Harvey Norman yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan.

HARVEY Norman akan membuka cawangan terbaharu di bangunan sendiri menjadikan ia langkah berterusan dalam usaha mengembangkan operasi jenama ini dalam pasaran.

Cawangan yang terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan itu menawarkan pelbagai keperluan kediaman pada harga berpatutan.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, dalam keadaan pandemik yang belum pernah berlaku sebelum ini, Harvey Norman tetap terus menawarkan tawaran yang terbaik bagi barangan keperluan kediaman dengan penjimatan terbaik kepada rakyat malaysia dalam masa-masa yang mencabar ini.

"Menara terbaharu ini bertujuan memenuhi keperluan barangan kediaman bagi masyarakat setempat yang menawarkan pelbagai barangan elektrik, komputer, perabot dan tempat tidur dengan nilai terbaik.

"Kemudahan parkir yang berada di hadapan kedai memudahkan pelanggan berkunjung serta membuat pembelian pantas," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, terletak di tingkat bawah, Menara Harvey Norman ini bukan saja menyediakan pelbagai barangan namun, pelanggan turut berpeluang menawar harga untuk mendapatkan nilai yang terbaik.

"Bagi mereka yang memilih untuk berada di rumah, anda juga boleh membuat pembelian dari www.harveynorman.com. my dan mengambil barangan anda di kaunter Click dan Collect di cawangan ini," katanya.

Sempena pembukaan besar-besaran Menara Harvey Norman itu, pelanggan bakal menikmati tawaran eksklusif iaitu ansuran tanpa faedah hingga 36 bulan tanpa caj tambahan dari 11 hingga 13 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut lawati Facebook Harvey Norman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 7:01 AM