FOTO terkenal Senna yang membasuh keretanya pada 1991. FOTO Agensi
FOTO terkenal Senna yang membasuh keretanya pada 1991. FOTO Agensi
Agensi

London: Kereta paling terkenal milik legenda Formula Satu (F1) Ayrton Senna boleh dimiliki dengan harga £500,000 (RM2.98 juta) selepas muncul di ruangan Auto Trader semalam.

Ikon permotoran Brazil itu dianggap antara legenda sukan terhebat sepanjang zaman. Juara dunia F1 tiga kali itu mendominasi sukan terbabit pada lewat 80-an dan 90-an serta menjuarai 41 perlumbaan.

Senna menemui ajal di Imola ketika menyertai Grand Prix San Marino pada Mei 1994 tetapi legasinya masih hidup sehingga kini.

Dia kekal menjadi wira kebangsaan Brazil dan dokumentari mengenai kehidupannya diterbitkan pada 2010.

Kini peminat boleh membeli kereta peribadi Honda NSX milik Senna selepas diiklankan di Auto Trader UK dengan harga setengah juta pound.

Kereta berwarna merah itu dimiliki Robert McFagan dari East Sussex. Senna menyimpannya di rumahnya di Portugal ketika berada di negara itu dan gambarnya membasuh kereta kesayangannya pada 1991 tersebar di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 11:16 AM