SCHUMACHER ketika menggayakan salah satu jam tangan mewah miliknya. -FOTO Gamma-Rapho
SCHUMACHER ketika menggayakan salah satu jam tangan mewah miliknya. -FOTO Gamma-Rapho
Agensi

London: Keluarga Michael Schumacher akan melelong koleksi jam tangan mewah peribadi milik pemandu F1 Jerman itu dalam masa beberapa minggu lagi.

Keadaan bekas pemandu lumba itu masih menjadi misteri kepada orang ramai selepas mengalami kecederaan otak yang serius ketika bermain ski pada 2013.

Isteri Schumacher, Corinna, 55, dikatakan menjadi penggerak di sebalik keputusan untuk melelong jam tangan suaminya.

Dia sebelum ini menjual aset keluarga lain termasuk jet peribadi Schumacher dan rumahnya di Norway.

Penjualan itu dijangka menjana pendapatan keluarganya kira-kira £4.8 juta (RM28.40 juta), yang boleh digunakan untuk membantu menjaga Schumacher, 55.

Menurut rumah lelong Britain, Christie lapan jam tangan akan dijual pada 13 Mei di Geneva, Switzerland.

Dua daripada barang yang akan dijual itu dalam lelongan itu ialah hadiah yang dibuat khas daripada rakan keluarga terdekat dan bekas bos Ferrari Jean Todt.

Salah satu jam tangan, Model FP Journe Vagabondage 1 yang unik yang dihadiahkan pada waktu Krismas daripada Todt kepada Schumacher ketika meraikan kejuaraan dunia ketujuh bintang F1 itu pada tahun 2004, dijangka memperoleh antara £1.4 juta (RM8.28 juta) dan £2.7 juta (RM15.97 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 12:19 PM