NUR Jannaton layak ke Paralimpik Paris 2024. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
NUR Jannaton layak ke Paralimpik Paris 2024. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Atlet para negara turus melakar gemilang apabila dua lagi atlet mereka dalam sukan memanah menempah tiket ke temasya Paralimpik Paris 2024.

Dua pemanah berkenaan adalah S Suresh dan Nur Jannaton Abd Jalil selepas masing-masing meraih emas dan perak di Kejohanan Memanah Para Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand, semalam.

Jurulatih kebangsaan, Marzuki Zakaria mengakui tidak menjangka kejayaan atlet negara berdasarkan prestasi yang tidak menentu pemanah negara selain tidak banyak menyertai kejohanan tahun ini.

"Ini memang satu yang di luar jangkaan saya memandangkan prestasi mereka yang tidak menentu. Tapi kali ini mereka menunjukkan aksi luar biasa.

"Saya nampak semangat dan usaha pemanah yang lain lebih fokus selepas saya memberi motivasi sepanjang kejohanan ini dan akhirnya kita berjaya dapat dua slot," katanya

Suresh yang beraksi dalam acara recurve meraih emas selepas mengatasi pencabar dari Taiwan, Tseng Lung-Hui pada aksi final.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan dia akan tampil buat kali di temasya itu selepas membuat penampilan kedua di Sukan Paralimpik selepas Tokyo 2020.

Sementara itu biarpun meraih perak dalam acara compound wanita, Nur Jannaton tetap berpuas hati apabila turut mendapat slot beraksi di Paris.

Dalam perlawanan akhir itu Nur Jannaton terpaksa akur apabila tunduk di tangan wakil Indonesia, Teodora Audi Ayudia Ferelly dari Indonesia dengan keputusan 125-144.

Kejayaan Suresh dan Nur Jannaton menyaksikan Malaysia sudah ada tujuh wakil di Paralimpik Paris 2024 termasuk Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga), Zy Khee Ler, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan, Brenda Anellia Larry dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (renang).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 6:17 PM