NAOMI bangkit selepas kalah set pertama untuk menang pusingan awal Indian Wells. FOTO Reuters
NAOMI bangkit selepas kalah set pertama untuk menang pusingan awal Indian Wells. FOTO Reuters
AFP

Indian Wells: Juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka berjaya elak daripada kalah awal apabila dia kembali ke Indian Wells dengan mengalahkan Sloane Stephens 3-6-, 6-1, 6-2 dalam pertembungan pusingan pertama.

Naomi dari Jepun, bermain di kejohanan pertamanya sejak penyingkiran pusingan ketiga di Terbuka Australia ketinggalan 0-2 pada set ketiga tetapi memenangi enam permainan terakhir untuk memastikan kemenangan ke atas bekas juara Terbuka Amerika Syarikat itu.

Dalam angin padang pasir California yang bertiup kencang, Naomi menyelamatkan tiga pukulan servisnya di permainan ketiga set penentuan untuk melancarkan pukulan rali terakhirnya dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

"Saya berasa seperti saya berjuang untuk nyawa saya. Saya bukan saja bermain menentangnya, saya bermain melawan angin.

"Ia tidak masuk akal. Saya sentiasa berfikir dia mengalami keadaan yang sama seperti saya, jadi saya hanya perlu merelakan diri saya untuk mencuba sekuat yang saya boleh," kata Naomi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 2:35 PM