Persaingan Djokovic (kanan) dan Nadal dalam tenis sentiasa menjadi tumpuan. FOTO Agensi
Persaingan Djokovic (kanan) dan Nadal dalam tenis sentiasa menjadi tumpuan. FOTO Agensi
AFP

Monaco: Novak Djokovic dan Rafael Nadal memulakan kempen musim gelanggang tanah liat mereka di Monte Carlo minggu ini dan menjadi pilihan untuk bertemu pada final sebagai aksi pemanas badan sebelum satu lagi pertarungan tumpuan di Roland Garros pada Jun depan.

Djokovic dan Nadal tidak beraksi sejak saingan Terbuka Australia yang bermula lambat pada Februari di mana pemain nombor satu dunia dari Serbia itu melengkapkan kejuaraan kesembilan di Melbourne dan ke-18 dalam kejohanan utama.

Dia juga mengatasi rekod Roger Federer bagi pemain yang berada dalam minggu yang panjang dalam kedudukan pemain nombor satu dan sehingga kini kedudukan itu masih sukar digugat.

Djokovic juara dua kali di Monte Carlo tetapi tidak melepasi peringkat suku akhir sejak memenangi kejuaraan berkenaan pada 2015.

Nadal yang memenangi 13 kejuaraan Roland Garros dan menyamai rekod 20 Grand Slam dengan menewaskan Djokovic pada final dekat Paris pada Oktober, kini memburu kejuaraan ke-12 di Monte Carlo.

Terdapat kebimbangan mengenai kecederaan belakang yang dihadapi Nadal jika beraksi pada saingan gelanggang tanah liat dengan kemuncaknya di Terbuka Perancis pada 30 Mei ini.

Nadal mempunyai rekod 71-5 di Monte Carlo di mana dia hanya terlepas aksi suku akhir sekali - ketika penampilan pertama pada 2003 di usia 16 tahun.

Sejak Terbuka Australia, kedudukan pemain nombor dua dunia Nadal sudah diambil alih sensasi Russia, Daniil Medvedev.

Naib juara Terbuka Australia menjadi pemain pertama di luar kelompok 'Big Four' antara Djokovic, Nadal, Roger Federer dan Andy Murray berada di kedudukan pemain nombor dua dunia sejak pemain Australia, Lleyton Hewitt pada Julai 2005.

Bagaimanapun, dia bimbang mengenai peluangnya beraksi di gelanggang berkenaan.

Sebanyak 10 kejuaraan dimenangi hadir di gelanggang keras ketika dia tidak pernah memenangi perlawanan di Roland Garros dalam empat penyertaan.

"Mungkin pada 2050 saya akan berjaya melepasi pusingan pertama di Roland Garros," kata sensasi Russia itu secara berseloroh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 10:28 AM